Kemaraan Habsburg Perang_Habsburg-Uthmaniyah

"The Great Gun" (1518), sebuah gambaran alegoris yang dilukis oleh Albrecht Dürer berkenaan ancaman Turki ke atas wilayah Jerman

Ferdinand I menyerang Hungary, sebuah negeri lemah ekoran konflik saudara, pada tahun 1527, dalam cubaan untuk menjatuhkan John Szapolyai dan meletakan kekuasaan beliau di sana. John tidak mampu untuk menghalang kempen Ferdinand dan menyaksikan penaklukan Buda dan beberapa penempatan utama lain di sepanjang Danube. Meskipun begitu, sultan Uthmaniyyah lambat untuk bertindak balas dan hanya membantu negeri vassalnya apabila mengaturgerak 120,000 orang tentera pada 10 Mei 1529.[5] Cabang monarki Habsburg di Austria memerlukan kuasa ekonomi Hungary untuk berperang dengan Uthmaniyyah. Semasa perang dengan Uthmaniyyah, wilayah jajahan bekas kerajaan beraja Hungary mengecil sekitar 70%; meskipun kehilangan wilayah dan demografi, Hungary masih penting dari segi ekonomi berbanding Austria atau Kerajaan Beraja Bohemia pada akhir kurun ke-16.[6] Daripada kesemua wilayah jajahan beliau pada waktu itu, Kerajaan Beraja Hungary meruapakan sumber pendapatan terbesar bagi Ferdinand.[7]